Sunday, June 19, 2016

Pesanan Untuk Alif

Terima kasih LIP, atas curahan ilmu dan  pengalaman. Semuanya bermula dari sini lip. 

Wujudnya kami ni atas hasil usaha kau seorang diri dan insyallah lip tidak akan kami sia-siakan peluang yang Allah bagi pada kami ini. Dari kami merangkak insyallah kami dah boleh jalan dgn sendiri sekarang kau x pernah jemu tuk bagi input yg bermanfaat.

Moga lepas ni masih boleh memberi pendapat, cadangan, kritikan yg membina kepada kami semua. Termasuk jugak ilmu kepada kami ya lip?? Walaupun kau jauh. Insyallah Allah sentiasa ada membantu kita.

Allah hantar kau untuk kami mengenal itu perjuangan islam dan terus belajar sambil berjuang, dan Allah hantar kami untuk kau untuk kita bersama teruskan perjuangan nabi Muhammad S. A. W.

Semoga selamat sampai lip.
Semoga istiqamah lip.
Semoga mama mu sihat termasuk semua family.

Kalaulah ada sumur di ladang,
Bolehlah kami menumpang mandi,
Kalaulah ada umur yg panjng,
Insyallah kita jumpa lagi.,

Wednesday, September 23, 2015

Cinta

Ramai orang salah faham tentang cinta. Dengan adanya rasa cinta mereka fikir mereka dah boleh bersama. Bahkan cinta itu sendiri umpama lesen untuk melakukan maksiat. Tidak ada salah padanya. Malah bila dihalang, orang yang menghalang itu yang salah. lahai Dunia.

Ini terjadi kerana hilangnya nilai insan pada diri. tidak sedar bahawa diri ini  hamba Allah di muka bumi. Kita lupa, apa yang kita perolehi ini dari Illahi. Bila-bila boleh hilang hanya dengan petik jari.

Salahkan bercinta?? Allah Ta’ala berfirman,

وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 59)

Rasa cinta itu lumrah yang Allah bagi, nikmat yang Allah beri kepada kita manusia. Tiada salah padanya. Hanya perlu cara.

Sepatutnya, dengan cinta ia akan membawa kita lebih dekat mengenali Tuhan kita, kenal rasulnya. Sifat cinta sebeginilah yang perlu ada pada tiap manusia.

Jadinya, nilailah dengan iman untuk mencari. Sekarang mungkin sukar untuk mencari yang betul-betul ada tanggunjawab pada diri, boleh membimbing diri. Doalah, supaya dipermudahkan untuk mencari. Insyallah Allah akan hadirkan orang yang anda cari. Orang-orang yang bercinta kerana Allah adalah antara orang-orang yang akan mendapat naungan Allah azza wajal di akhirat kelak.

wallahu'alam.